AMEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNA

Lebuhraya DASH dibuka, tol percuma selama sebulan

242

13 Oktober 2022 – Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan bahawa Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan mula beroperasi dan dibuka secara rasmi kepada pengguna bermula 12.01 tengah malam 14 Oktober 2022 dengan tol diberikan secara percuma selama sebulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, KKR berkata bahawa lebuhraya tersebut yang dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini merupakan lebuh raya bertingkat tiga lorong dua hala melibatkan 13 persimpangan, tiga plaza tol dan dua hentian sebelah. Ia melibatkan jajaran sepanjang 20.1 kilometer bermula dari Puncak Perdana ke Penchala.

“Lebuh raya ini merupakan laluan alternatif kepada pengguna dari Shah Alam di barat untuk ke Kuala Lumpur di timur bagi mengurangkan kesesakan, masa perjalanan dan menyuraikan trafik yang lebih berkesan bagi kawasan-kawasan di antara dua bandar tersebut. Ia dijangka mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Persiaran Mokhtar Dahari, Jalan Sungai Buloh dan Persiaran Surian sehingga 40% pada waktu puncak.

Lebuhraya DASH menghubungkan beberapa rangkaian lebuh raya seperti Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

Lebuhraya DASH dijangka mampu merangsang pembangunan dan pertumbuhan kawasan-kawasan ekonomi seperti perumahan dan komersial baharu di sepanjang lebuh raya termasuk Puncak Alam, Elmina dan Kwasa Damansara.” kata KKR.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...