Politik @ My LNAPRU15

PH Johor bersiap sedia sekiranya Parlimen bubar dalam masa terdekat

69

10 Oktober 2022 – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Johor berkata bahawa mereka telah bermesyuarat lewat petang semalam di mana ia dipengerusikan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub di pejabat ADUN Simpang Jeram, Muar.

“Menerusi mesyuarat, kami ambil maklum khabar angin atau spekulasi berkaitan pembubaran parlimen yang sedang bertiup kencang.

Pakatan Harapan Johor menzahirkan kekecewaan terhadap perkara ini memandangkan negara sedang berhadapan kebarangkalian musim tengkujuh yang boleh menyebabkan banjir di banyak lokasi termasuklah Johor. Perkara ini telah pun diramalkan berdasarkan fakta, data dan sains menerusi kajian Jabatan Meteorologi Malaysia.

Mengulangi pendirian, Pakatan Harapan Johor sekali lagi menegaskan bahawa keutamaan kita pada ketika ini ialah mempersiapkan diri bagi menghadapi kebarangkalian besar risiko banjir, bukan sibuk membincangkan soal kuasa dan pilihan raya.” kata PH Johor dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun begitu, PH Johor akan tetap bersiap siaga sekiranya Parlimen dibubarkan bila-bila masa dari sekarang.

“Justeru, dalam memberikan fokus para petugas parti, kepimpinan segenap peringkat serta wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan Johor untuk berdepan musim tengkujuh, kami juga akan tetap mempersiapkan jentera parti agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran dan perlaksanaan pilihan raya.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...