AM

PDRM nafi mesej palsu kejadian penculikan libatkan sekumpulan kanak-kanak

129

26 September 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan sebaran mesej palsu di media sosial meminta masyarakat berwaspada berkaitan kejadian penculikan melibatkan sekumpulan kanak-kanak.

Menurut PDRM dalam satu kenyatan semalam, dalam mesej palsu tersebut kanak-kanak itu dikatakan diberi bahan terlarang yang menyebabkan mereka tidak mampu bercakap untuk memudahkan mereka dilarikan menaiki lori ayam ke negara jiran bagi tujuan pemindahan organ.

“Mesej tersebut juga mendakwa bahawa pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan dan menjumpai enam (6) orang kanak-kanak.

Semakan mendapati mesej palsu tersebut telah tular sejak tahun 2017 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial. PDRM mengesahkan bahawa tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak seperti yang didakwa.” jelas PDRM.

Tambahnya orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dan menyebarkan berita-berita yang tidak berasas serta tidak ditentukan kesahihannya.

“Mana-mana individu yang dikesan menyebarkan sebarang berita palsu, boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.” kata PDRM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...