Politik @ My LNAPRU15

UMNO tidak pernah bincang letakkan Zahid Hamidi sebagai calon PM – Mahdzir Khalid

68

PUTRAJAYA, 26 September 2022 – UMNO tidak pernah membincangkan untuk meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri (PM) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini telah memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ‘Poster Boy’ dan calon PM ke-10 sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU15.

“Setakat ini keputusan yang kita buat di peringkat parti ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah poster boy dan calon PM selepas PRU15.

Saya sebagai Naib Presiden parti mengatakan tidak pernah ada mesyuarat (bagi perbincangan Ahmad Zahid sebagai PM).”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Semenanjung Malaysia ke-2 di sini hari ini.

Mahdzir diminta mengulas kenyataan tular di media sosial bahawa Ahmad Zahid akan diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas PRU15 selain mendakwa perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat MKT UMNO pada 30 September ini.

Tegas Mahdzir, penularan berita berkenaan adalah perbuatan pihak yang cuba melaga-lagakan kepimpinan UMNO pihak tertentu dengan niat tidak baik.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...