Politik @ My LNA

PH putar belit ucapan Zahid Hamidi

137

KUALA LUMPUR, 23 September 2022 – Exco Pergerakan Pemuda Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyelar tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang telah memutarbelit ucapan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Pilihan Raya Umum dalam musim banjir.

Menurut beliau, kenyataan Ahmad Zahid yang berucap pada majlis Perhimpunan Gerak Gempur Pemuda BN pada Khamis lalu telah dimanipulasi untuk mewujudkan kemarahan rakyat terhadap BN sekaligus tidak mengundi BN pada PRU15 nanti.

“Apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid semasa program bersama Pemuda BN ialah sekiranya BN menang PRU15 ataupun kalah sekalipun, kita tetap akan turun padang beramai-ramai membantu mangsa banjir dan bukannya turun beramai-ramai mengundi masa banjir.

Jadi, saya berharap rakyat tidak terperangkap dengan mainan politik PH yang telah memanipulasikan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid itu demi untuk kepentingan politik sempit mereka”, katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Jelas beliau, ucapan Ahmad Zahid itu telah dipetik hanya sebahagian oleh pemimpin PH seolah-olah membawa maksud BN sanggup meredah banjir semata-mata untuk mengadakan pilihan raya.

“Inilah masalah pemimpin PH yang suka memutarbelit kenyataan pihak lain, mereka tidak boleh lari daripada bersikap seperti itu, wajah PH penuh dengan manipulasi, kata-kata pemimpin PH tidak lekang dengan putar belit.

Janganlah cuba hendak mengelirukan rakyat menerusi manipulasi dengan niat untuk menimbulkan kebencian.”

Tambah Muqharabbin, pemimpin PH jelas kelihatan telah ketandusan isu sehingga terpaksa memetik ucapan Ahmad Zahir secara diluar konteks dan memanipulasikannya.

Rakyat kini kata Muqharabbin, diyakini lebih bijak dan tahu menilai sesuatu secara matang tanpa perlu dimomokkan dengan kenyataan yang berbaur hasutan ke arah kebencian.

“Bagi saya biarlah rakyat sendiri menilai akan sesuatu, kerana saya yakin rakyat dan juga pengundi hari ini lebih bijak dan memahami segalanya, kita tidak perlu lagi berpolitik secara emosi dengan cuba mewujudkan unsur-unsur negatif dalam pemikiran rakyat dan pengundi”, kata Muqharabbin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...