KUBANG PASU, 19 September 2022 – ‘Angin’ yang dulunya memihak kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, kini kelihatan sudah beralih kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sentimen seperti itu adalah antara perkara paling penting dalam menentukan kemenangan mana-mana parti dalam PRU akan datang.
“2018 dulu, kita dah tahu bahawa ‘anginnya’ lebih kepada PH dan bukan ke BN. Tetapi kali ini, ‘angin’ itu tampak lebih positif ke arah kita.
Tetapi yang paling penting adalah faktor calon. Calon itu perlu dipastikan dapat diterima bukan saja oleh UMNO, malah diterima oleh rakyat setempat.”
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Universiti Utara Malaysia (UUM) Membina Kesejahteraan Rakyat (Mekar) 2022 di kampus UUM Sintok semalam.
Walau bagaimanapun tambah Mahdzir, BN serta UMNO tetap perlu meletakkan calon tepat yang tidak hanya disukai parti, malah turut diterima oleh pengundi setempat.
Ditanya lebih lanjut mengenai pemilihan calon dalam kalangan Ketua-ketua Bahagian UMNO, Mahdzir berkata perkara itu diuruskan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Setakat ini senarai calon belum dimuktamadkan dan perkara itu terletak di bawah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang uruskan dan insya Allah sedang kumpul nama-nama yang dirasakan layak,” katanya.
Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubngan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz yang menyasarkan BN negeri itu memenangi satu kerusi DUN dalam setiap Parlimen di Kedah, Mahdzir berkata, beliau mengharapkan agar BN mampu memenangi lebih daripada satu kerusi DUN di setiap Parlimen.
“Tak boleh sumbang satu saja dan kena lebih dari itu. Sebabnya kalau setiap Parlimen sumbang satu DUN saja, tak cukup untuk tubuh kerajaan negeri,” katanya.
Untuk rekod, Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN untuk direbut oleh parti-parti politik bertanding.
- Celebrating 50 Years of Bahrain-Malaysia Diplomatic Relations
- Trend Micro Safeguarding Cloud Data of Healthcare AI Innovation Leader
- 68 per cent of Gen Zs not confident about maintaining good physical health in old age; least confident generation
- Social Enterprise Summit 2024 Collaborate and Innovate to Respond to Complex Social Issues and Shaping Hong Kong’s Social Entrepreneurship Ecosystem
- Forvis Mazars celebrates new network formation in APAC, announces strong growth in Singapore
Leave a comment