Home MY LNA AM Politik @ My LNA ‘Angin’ sokongan nampak kembali kepada BN – Mahdzir Khalid
Politik @ My LNAPRU15

‘Angin’ sokongan nampak kembali kepada BN – Mahdzir Khalid

KUBANG PASU, 19 September 2022 – ‘Angin’ yang dulunya memihak kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, kini kelihatan sudah beralih kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sentimen seperti itu adalah antara perkara paling penting dalam menentukan kemenangan mana-mana parti dalam PRU akan datang.

“2018 dulu, kita dah tahu bahawa ‘anginnya’ lebih kepada PH dan bukan ke BN. Tetapi kali ini, ‘angin’ itu tampak lebih positif ke arah kita.

Tetapi yang paling penting adalah faktor calon. Calon itu perlu dipastikan dapat diterima bukan saja oleh UMNO, malah diterima oleh rakyat setempat.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Universiti Utara Malaysia (UUM) Membina Kesejahteraan Rakyat (Mekar) 2022 di kampus UUM Sintok semalam.

Walau bagaimanapun tambah Mahdzir, BN serta UMNO tetap perlu meletakkan calon tepat yang tidak hanya disukai parti, malah turut diterima oleh pengundi setempat.

Ditanya lebih lanjut mengenai pemilihan calon dalam kalangan Ketua-ketua Bahagian UMNO, Mahdzir berkata perkara itu diuruskan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Setakat ini senarai calon belum dimuktamadkan dan perkara itu terletak di bawah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang uruskan dan insya Allah sedang kumpul nama-nama yang dirasakan layak,” katanya.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubngan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz yang menyasarkan BN negeri itu memenangi satu kerusi DUN dalam setiap Parlimen di Kedah, Mahdzir berkata, beliau mengharapkan agar BN mampu memenangi lebih daripada satu kerusi DUN di setiap Parlimen.

“Tak boleh sumbang satu saja dan kena lebih dari itu. Sebabnya kalau setiap Parlimen sumbang satu DUN saja, tak cukup untuk tubuh kerajaan negeri,” katanya.

Untuk rekod, Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN untuk direbut oleh parti-parti politik bertanding.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMIsu SemasaMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku...

MY LNAPolitik @ My LNA

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

MY LNAPolitik @ My LNA

Lima petikan penting daripada ucapan Anthony Loke di Persidangan Parti DAP 2023

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa...

AMMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan...