9 September 2022 – Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) telah melancarkan satu (1) serbuan ke atas satu (1) sindiket penyeludupan minyak diesel di Pandamaran, Klang, Selangor pada 6 September 2022.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui sau kenyataan yang diedarkan hari ini, dalam serbuan tersebut, seramai tiga (3) lelaki tempatan dan seorang warga asing telah ditahan.
“Turut dirampas sejumlah 70,000 liter minyak diesel, sebuah tongkang, sebuah lori tangki minyak (yang telah diubah suai), sebuah kereta dan pelbagai jenis peralatan pemindahan minyak.Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM7,590,000.00 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
PDRM sentiasa komited untuk membanteras kegiatan penyelewengan minyak diesel atau barangan bersubsidi lain yang menyebabkan kerugian kepada masyarakat dan negara.
Komitmen PDRM dalam membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan diteruskan dengan jalinan kolaborasi pencegahan dan penguatkuasaan bersama demi memelihara kepentingan hasil negara.” kata PDRM.
- Nobuyoshi Araki’s “Paradise” Presented by Forward Fashion’s Artelli A Hong Kong and Macau Collaborative Tribute to Four Decades of Iconic Photography
- Eight leaders with diverse backgrounds elected to ISCA Council
- AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah
- Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan
- Moomoo Wins “Digital CX Awards 2024” by The Digital Banker
Leave a comment