AMEkonomi @ My LNA

PJFB 2022 buka peluang perniagaan francais

178

SHAH ALAM 19 Ogos 2022 – Masyarakat di Lembah Klang berpeluang membuka perniagaan francais melalui Program Jelajah Franchise Bay (PJFB) 2022 yang dilaksanan melalui kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan Aeon Mall Shah Alam.

Dalam satu siaran media hari ini, KPDNHEP berkata program tersebut merupakan platform yang dibangunkan oleh Kerajaan melalui Kementerian tertumpu kepada bakal peniaga untuk menceburkan
diri dalam bidang perniagaan, mengembangkan perniagaan sedia ada dan juga mempromosikan perniagaan mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19, seterusnya menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.

Katanya, sempena PJFB 2022 itu, pameran turut diadakan selaras dengan perkembangan pesat industri francais dalam negara.

“Sebanyak 20 syarikat francais tempatan telah terlibat dalam sesi pameran dan business matching. Pameran ini juga bertujuan memberi pendedahan tentang sistem-sistem perniagaan francais yang telah wujud di negara ini serta pakej-pakej latihan dan pembiayaan yang disediakan oleh Kerajaan kepada bakal-bakal usahawan francais.

PJFB di Shah Alam ini merupakan siri yang keempat daripada siri Jelajah Francais Bay bagi tahun 2022. Siri pertama telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri PDNHEP pada 28 Mei 2022 di Kuching, Sarawak. Siri Kedua telah dilaksanakan pada 9-11 Jun 2022 di Johor Bahru, Johor. Siri ketiga telah dilaksanakan pada 15-17 Julai 2022 di Kuantan, Pahang dan yang terakhir akan dilaksanakan di Negeri Kedah (17-19 November 2022).

Hasil daripada penganjuran program di Kuching, Johor Bahru dan Kuantan, sebanyak 304 potensi francaisi telah mendapatkan khidmat nasihat dan mengemukakan hasrat mereka untuk menjadi francaisi dengan nilai potensi pelaburan sebanyak RM93 juta.” kata KPDNHEP.

Sekurang-kurangnya 30 potensi francaisi dengan jangkaan nilai potensi pelaburan sebanyak RM 7.5 juta melalui PJFB di Lembah Klang ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Guru sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan...