Jenayah

OP Pintas “Daya”

149

19 Ogos 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mamklumkan bahawa melalui Jabatan Siasatan Jenayah telah menjalankan OP Pintas “Daya” pada 3 ogos 2022 bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Task Force Majlis Antipermerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) serta Kementerian Dalam Negeri terhadap sindiket-sindiket tersebut.

Menurut Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu siaran media hari ini, hasil operasi tersebut, seramai enam (6) orang individu telah ditangkap iaitu empat (4) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan warganegara tempatan yang berumur 33 hingga 45 tahun.

“Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670). Kika disabitkan kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun, dan boleh juga didenda bagi seksyen 12. Manakala bagi seksyen 14, jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun, dan boleh juga didenda.

Dalam operasi tersebut, pelbagai barangan telah dirampas termasuk telefon bimbit, komputer riba, modem, router, pendrive dan lain-lain termasuk wang tunai.” kata Noorsiah.

Jelasnya, bermula tahun 2021 sehingga 18 ogos 2022, PDRM telah menerima sebanyak 182 laporan polis berkaitan warganegara malaysia diperdayakan oleh sindiket-sindiket penipuan kerja untuk bekerja di luar negara yang melibatkan 238 orang mangsa di mana 168 orang masih terkandas di luar negara manakala 70 orang telah berjaya diselamatkan.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, kesemua mangsa ini didapati telah diperdaya dengan iklan peluang kerjaya sebagai pegawai khidmat pelanggan di luar negara dengan tawaran gaji yang lumayan melalui aplikasi facebook. Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut akan berhubung dengan ejen melalui aplikasi Wechat, Whatsapp atau Messenger. Selepas mendapat persetujuan mangsa, ejen memaklumkan akan menguruskan dan menanggung segala kos perbelanjaan perjalanan ke destinasi pekerjaan.

Setelah tiba di negara destinasi, semua dokumen perjalanan mangsa dirampas dan dimusnahkan manakala telefon mangsa juga akan diperiksa serta dirampas. Mangsa dikurung dan pergerakan dikawal dengan kawalan yang ketat. Situasi ini menyebabkan mangsa menyedari bahawa mereka telah diperdaya. mangsa seterusnya dipaksa bekerja untuk sindiket perjudian online, scammer, pelaburan, love scam dan lain-lain penipuan.” kata Noorsiah.

Kata Noorsiah, bagi mangsa yang masih terkandas di luar negara, pihak PDRM sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar Negara, Aseanapol dan Interpol bagi mengesan dan membawa mereka pulang.

“Ahli keluarga atau kenalan mangsa yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa dinasihatkan untuk membuat laporan polis sekiranya masih belum berbuat demikian. Jangan berurusan terus dengan pihak sindiket atau orang yang tidak dikenali.

PDRM menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terhadap tawaran kerja di luar negara melalui media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. PDRM juga amat mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat yang mempunyai maklumat tentang perkara tersebut dan boleh menyalurkannya di balai polis yang berdekatan.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

Hina Agama Islam : Seorang lelaki warga tempatan ditangkap

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Seorang lelaki warga tempatan telah ditangkap...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...