AMKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNA

Rang undang-undang Generasi Penamat Generation End Game (GEG)

1.1k
Human hand holding cigarette.World no Tobacco day concept.

Rang undang-undang (RUU) Generasi Penamat atau Generation End Game (GEG) yang dibentangkan di Parlimen pada 27 Julai lalu oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Jan 2007  dan dijangkakan akan berkuatkuasa pada 2025 jika diluluskan. Generational End-Game adalah tindakan denormalisasi pendedahan produk tembakau kepada generasi yang lahir selepas Januari 2007 dan perlindungan terhadap generasi ini akan berlanjutan terhadap generasi seterusnya. Berdasarkan RUU itu, individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM500, jika disabit kesalahan. Selain daripada denda dalam bentuk kewangan, RUU ini akan menambah khidmat komuniti sebagai pihan denda. RUU ini juga menggariskan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.. Malaysia dan New Zealand adalah dua negara pertama yang membawa RUU GEG ke Parlimen masing-masing setakat ini.

Seyogia kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong dan memandang berat perkara ini kerana berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan sejak 1986, 1996, 2015 dan 2019 menunjukkan penurunan peratusan merokok yang tidak signifikan dan ini amat merisaukan.  Didapati di negara ini, dianggarkan seramai lima juta orang berumur 15 tahun dan ke atas merokok. Dapatan kajian mendapati merokok menjadi punca utama kematian pramatang dan membunuh lebih 8 juta orang setahun di seluruh dunia, manakala di Malaysia, dianggarkan 20000 kematian akibat merokok berlaku setiap tahun. Hasil kajian juga menunjukkan tabiat merokok adalah salah satu punca kepada penyakit  kanser tertentu seperti kanser paru-paru, kanser tekak dan juga meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan penyakit pernafasan kronik. Bukan sahaja berisiko kepada perokok, malah individu lain yang menjadi ‘perokok pasif’ juga berpotensi tinggi berisiko. Perokok pasif adalah mereka tidak merokok tetapi menghidu atau menyedut asap rokok yang dihasilkan oleh perokok aktif . Selain menjadi punca penyebab masalah kesihatan yang serius, tabiat merokok ini sering dikaitkan dengan permasalahan sosial lain seperti ketagihan dadah dan arak, mencuri dan sebagainya.

Selain itu kewujudan alternatif seperti rokok elektronik atau ‘vape’ menyebabkan tabiat merokok dilihat sebagai satu trend yang menarik dalam kalangan generasi muda. Inovasi dalam rokok elektronik dan ‘vape’ seperti terdapatnya pilihan dari segi kepelbagaian perisa dan kepulan asap yang berbau wangi menarik minat remaja, lelaki mahupun perempuan untuk mencuba.

Selama beberapa dekat yang lepas, kerajaan kita telah berusaha dengan pelbagai pendekatan dalam mendepani permasalah merokok ini. Kempen Tak Nak Merokok, perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok, Kawasan Bebas Merokok, Amaran Bergambar di Kotak Rokok , Kempen Speak Out dan polisi-polisi tertentu seperti Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 merupakan antara inisiatif dalam usaha kerajaan memerangi masalah merokok. Namun begitu, usaha ini dilihat tidak cukup untuk mendepani permasalahan yang ditimbulkan disebabkan oleh merokok. Kerajaan terpaksa membelanjakan sekitar RM16 bilion setahun bagi merawat pesakit yang menderita pelbagai penyakit akibat tabiat merokok.

Di Malaysia, larangan penuh penjualan rokok elektronik dan vape dicadangkan ke atas golongan GEG ini bertujuan untuk menurunkan peratusan merokok sehingga mencapai sasaran kurang 5% daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia menjelang tahun 2040 berbanding kira-kira 21 peratus ketika ini. Dianggarkan dua juta nyawa mampu diselamatkan daripada kematian disebabkan penyakit berkaitan aktiviti merokok, dalam tempoh sehingga 2040 sekiranya RUU GEG ini diluluskan. Ini kerana remaja merupakan golongan yang mudah terdedah dengan tingkahlaku berisiko merokok dan ini disokong berdasarkan hasil tinjauan pada 2017 yang mendapati 13.8 peratus remaja berusia 13 hingga 17 tahun adalah perokok. Kebarangkalian negara untuk terus mengalami peningkatan bilangan perokok baharu saban tahun yang mana peningkatan prevalens ini disumbang oleh kanak-kanak dan remaja sekiranya RUU GEG yang dicadangkan oleh KKM itu tidak dilaksanakan.

Justeru itu RUU GEG ini dilihat sebagai prakarsa tepat dimana kerajaan ‘mendepani masa’ dalam usaha menamatkan tingkahlaku berisiko dan memberikan perlindungan kepada generasi yang baharu. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu bersama berganding bahu menyokong usaha kerajaan dan lebih cakna tujuan RUU GEG ini dilaksanakan demi untuk menjaga kesihatan diri, anak-anak dan generasi Malaysia yang akan datang, dari kemudaratan kesihatan dari gaya hidup yang tidak sihat iaitu merokok.

DR MANIMARAN A/L KRISHNAN

PRESIDEN PERSATUAN PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA (MAHEO)

3 OGOS 2022

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...