AM

Gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

3 Ogos 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 3:19 pagi, 3 Ogos 2022.

Maklumat kejadian gempa bumi tersebut adalah seperti berikut :

Waktu Kejadian: 3:19 pagi, 3 Ogos 2022
Koordinat: 7.2° Utara 127.0° Timur
Lokasi: Mindanao, Filipina
Magnitud: 5.3
Jarak: 130km Timur dari Davao, Filipina
Kedalaman: 78 km

Mengikut penilaian, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.