21 Julai 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu (1) iklan di media sosial yang mempromosikan jualan keahlian dan lambang (Crest) Ahli Kehormat Persatuan Bekas Polis Malaysia. Menurut posting berkenaan, ahli yang menggunakan lambang tersebut akan diberikan beberapa keistimewaan termasuk bebas daripada tindakan pihak penguatkuasa.
Dalam Siaran Media Setiausaha Polis Malaysia semalam, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin menyatakan bahawa posting berkenaan menawarkan beberapa keistemewaan dan orang ramai yang berminat, diminta menghubungi seorang individu yang mana nombor telefon miliknya tertera dalam iklan tersebut.
“Tawaran yang dinyatakan adalah berbentuk perkhidmatan pengiring polis dengan bayaran RM300 bagi 10 kilometer. Selain itu, pemilik kenderaan boleh memasang cermin gelap dan tiada tindakan oleh pihak berkuasa sekiranya memandu dalam keadaan mabuk serta merupakan simbol prestij jika digunakan.
PDRM mengesahkan tawaran iklan berkenaan adalah palsu dan sedang menjalankan siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan iklan tersebut. Tiada sebarang kelebihan sedemikian yang wujud atau ditawarkan kepada mana-mana pihak seperti didakwa.
Orang ramai yang menerima iklan promosi tersebut, diminta untuk tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama yang dinyatakan. Masyarakat juga dinasihatkan agar merujuk saluran media rasmi PDRM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” kata Noorsiah.
- phData is proud to announce that it has been awarded the prestigious “Best Place to Work” certification for 2024
- Nearly 1,500 Nominations for the Fourth Season of the VinFuture Prize
- Denture labelling as personal identification
- Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama
- Arla Foods Ingredients targets ‘holistic hydration’ at Vitafoods Europe
Leave a comment