Jenayah

Iklan Jualan Keahlian dan Lambang (Crest) Persatuan Bekas Polis Malaysia

161

21 Julai 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu (1) iklan di media sosial yang mempromosikan jualan keahlian dan lambang (Crest) Ahli Kehormat Persatuan Bekas Polis Malaysia. Menurut posting berkenaan, ahli yang menggunakan lambang tersebut akan diberikan beberapa keistimewaan termasuk bebas daripada tindakan pihak penguatkuasa.

Dalam Siaran Media Setiausaha Polis Malaysia semalam, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin menyatakan bahawa posting berkenaan menawarkan beberapa keistemewaan  dan orang ramai yang berminat, diminta menghubungi seorang individu yang mana nombor telefon miliknya tertera dalam iklan tersebut.

“Tawaran yang dinyatakan adalah berbentuk perkhidmatan pengiring polis dengan bayaran RM300 bagi 10 kilometer. Selain itu, pemilik kenderaan boleh memasang cermin gelap dan tiada tindakan oleh pihak berkuasa sekiranya memandu dalam keadaan mabuk serta merupakan simbol prestij jika digunakan.

PDRM mengesahkan tawaran iklan berkenaan adalah palsu dan sedang menjalankan siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan iklan tersebut. Tiada sebarang kelebihan sedemikian yang wujud atau ditawarkan kepada mana-mana pihak seperti didakwa.

Orang ramai yang menerima iklan promosi tersebut, diminta untuk tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama yang dinyatakan. Masyarakat juga dinasihatkan agar merujuk saluran media rasmi PDRM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” kata Noorsiah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

Hina Agama Islam : Seorang lelaki warga tempatan ditangkap

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Seorang lelaki warga tempatan telah ditangkap...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...