AM

Orang ramai dinasihat tidak sertai flashmob – Ketua Polis Negara

69

16 Julai 2022 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai sebarang aktiviti flashmob atau perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan sebaran video di media sosial yang mengajak orang ramai untuk menyertai aktiviti flashmob di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga barang.

“Masyarakat dinasihatkan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti flashmob atau perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Tindakan tegas akan diambil oleh PDRM terhadap mana-mana penganjur flashmob / perhimpunan atau peserta yang gagal mematuhi undang-undang.” tegasnya.

Tambah Acryl Sani, PDRM akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas.

“Pada masa sama, masyarakat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...