Pengguna @ My LNA

KSU KPDNHEP lawat syarikat pembungkusan minyak masak

166

KUANTAN 16 Julai 2022 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof telah mengadakan lawatan rasmi ke syarikat pembungkusan minyak masak Lean Far Trading pada pagi ini.

Menurut KPDNHEP dalam satu catatan di Facebook rasminya, lawatan tersebut bertujuan untuk memeriksa dan meneliti semula penyaluran minyak masak polibeg 1kg daripada peringkat pengilang, _repackers_, pemborong sehingga ke peruncit untuk mengelakkan dan mengesan sebarang punca ketirisan bekalan minyak masak bersubsidi itu di pasaran.

“Selain itu, YBhg Datuk Azman semalam turut melawat Terminal Minyak PETRONAS Dagangan Berhad untuk meninjau serta mendapatkan input pengoperasian dan jaminan kestabilan bekalan minyak petrol dan diesel di stesen-stesen minyak bagi kawasan pantai timur semenanjung.

Libat urus sentiasa diadakan pihak Kementerian bersama syarikat OILCO untuk memastikan mereka sentiasa cakna dan membuat perancangan awal dengan menyediakan bekalan petrol dan diesel yang mencukupi dan tepat pada waktunya terutamanya ketika musim perayaan.” kata KPDNHEP.

Tambah Kementerian, data dan informasi yang diperoleh daripada kedua-dua lawatan ini sangat penting untuk KPDNHEP menambah baik mekanisma penyaluran subsidi dan meneliti alternatif seperti pelaksanaan Subsidi Bersasar bagi menjamin penyaluran yang tepat kepada golongan sasar serta mengurangkan ketirisan dalam usaha Kerajaan mengurangkan beban fiskal Kerajaan dalam soal subsidi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama...

AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

OPS PANTAU 2024 : Sebanyak 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara

PUTRAJAYA 24 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN gerakkan OP KESAN dan OP PANTAU

SEREMBAN, 23 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...