14 Julai 2022 – Setiausaha Polis Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan mengenai penularan dua (2) klip video di sebuah kelab komedi, yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada 15 Jjulai 2022 (Jumaat) bagi melengkapkan proses siasatan.
Kertas siasatan polis akan dirujuk kepada pejabat peguam negara untuk arahan selanjutnya setelah siasatan dari segala sudut selesai dijalankan.” kata Noorsiah.
Tambahnya siasatan masih dijalankan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.
- VinFast officially launches in the Philippine market
- Haier Cup Seeks the Next Badminton Champion
- Molex Combines High-Speed Data, Signal and Power in MX-DaSH Data-Signal Hybrid Connector Portfolio to Optimize Next-Gen Automotive Architectures
- Dr Koh Hong Yi from TSN Dermatology Skin Specialist Clinic Joins the Largest Eczema Gathering in Singapore
- Jumbo Gold and Diamonds Announces Strategic Shift to Retail
Leave a comment