13 Julai 2022 – Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersetuju supaya Malaysia dan Arab Saudi untuk berkerjasama dalam kerangka kerja keselamatan makanan dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Bersama bagi melihat serta merangka dasar berhubung keselamatan makanan.
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, Ismail Sabri berkata Malaysia-Arab Saudi mempunyai hubungan istimewa yang terjalin sekian lama, bukan sahaja dalam konteks hubungan antara rakyat kedua-dua negara (people-to-people) tetapi juga merangkumi hubungan ekonomi yang luas. Beliau menerima kunjungan hormat Menteri Pertanian Arab Saudi, TYT Abdulrahman Abdulmohsen A. AlFadley semalam.
“Saya dan TYT AlFadley melihat banyak potensi kerjasama dalam bidang pertanian dan industri makanan yang boleh diterokai bersama.
Saya bersetuju Malaysia dan Arab Saudi untuk berkerjasama dalam kerangka kerja keselamatan makanan dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Bersama bagi melihat serta merangka dasar berhubung keselamatan makanan.
Beliau juga menyentuh tentang prospek ‘pelaburan berbalik’ yang boleh diterokai oleh Malaysia dalam mengatasi isu keselamatan makanan yang kini dihadapi oleh seluruh dunia.” kata Ismail Sabri.
Beliau turut mengalu-alu cadangan TYT AlFadley untuk berkerjasama dalam kerangka keselamatan makanan memandangkan Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam pertanian termasuk mempunyai banyak tanah yang boleh diusahakan.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment