Belia & My LNAPengguna @ My LNA

KPDNHEP dan sukarelawan MBM, KBS bekerja sama pantau harga barangan

135

PUTRAJAYA 13 Julai 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah turun padang membuat pemeriksaan dan pemantau harga barang serta bekalan di Aeon Big, Alamanda Putrajaya.

Menurut KPDHEP menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, pemeriksaan dan pemantauan turut disertai oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) yang terdiri daripada sukarelawan belia yang akan membantu dan akan menjadi mata dan telinga KPDNHEP jika terdapat kes peniaga menaikkan harga barang.

“Lebih 3,000 sukarelawan diturunkan bagi memantau harga barangan di negara ini dan jika terdapat kenaikan harga barang mereka akan melaporkannya kepada KPDNHEP.

Sekurang-kurangnya 10 orang sukarelawan belia untuk satu daerah akan membantu membuat pemantauan harga di seluruh negara.

Pada program tersebut juga KPDNHEP telah menyerahkan garis panduan pemantauan harga barang kepada KBS bagi memudahkan gerak kerja pemantauan ini.” kata KPDNHEP.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member