AM

OP Lancar sempena cuti umum Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

152
day traffic traffic jam in the city on the highway cars / transport concept, city traffic metropolis view landscape

10 Julai 2022 – Polis Diraja Malaysia memaklumkan bahawa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), PRDM telah menjalankan OP Lancar sempena cuti umum Hari Raya Aidiladha Tahun 2022.

Ianya bermula 8 Julai (Jumaat) dan akan berakhir pada 11 julai 2022 (Isnin), iaitu pada hari pengguna jalan raya di seluruh negara dijangka pulang ke ibu kota.

“Sepanjang pemantauan OP Lancar, JSPT mendapati kesesakan kerap berlaku di plaza-plaza tol dan juga kawasan mendaki.

Pengguna jalan raya dinasihat untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lebuh raya dan cadangan waktu pergerakan yang diberi oleh konsesi lebuh raya sebelum membuat pergerakan.” kata  Setiausaha Polis,  DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut mengingatkan bahawa semasa pulang ke ibu kota, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri, ahli keluarga serta pengguna lebuh raya yang lain.

“PDRM komited dalam penugasan op lancar demi memastikan keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas.” ujar Dato’ Noorsiah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...