Pendapat @ My LNA

HELWA ABIM Bantah Sikap Berjenaka Hingga Gadai Maruah Diri

128

Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius isu menjenakakan maruah diri dituruti penggunaan unsur agama sebagai sebagai bahan komedi seperti yang tular baru-baru ini.

Tindakan wanita tersebut adalah sangat tidak wajar dan dilihat sengaja untuk mencetuskan provokasi ketika umat islam sedang sibuk meraikan sambutan Aidiladha.

Maruah bukan hanya perlu dihormati dan dilindungi, tetapi setiap individu bertanggungjawab menjaga dan memelihara maruah serta keperibadian diri. Islam mengangkat martabat manusia dan meletakkan wanita dan lelaki pada tahap yang sama dalam pelbagai aspek termasuklah perlindungan maruah dan keintelektualan. Sebagai Muslim, pemeliharaan maruah sangat terkait dengan syariat dan batasan yang dibenarkan.

Selain itu, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, seharusnya kita bersifat sensitif dan berdiri atas nilai kesopanan dan kesusilaan, serta saling menghormati khususnya dalam mengelakkan perkara yang menyinggung asas kepercayaan dan pengamalan agama.

Malah, tindakan biadab baru-baru yang berlaku sedemikian hanya akan mencemarkan industri seni komedi itu sendiri. Seharusnya industri komedi mengangkat nilai-nilai perpaduan, kesatuan, kasih sayang untuk kebaikan masyarakat Malaysia.

Justeru, HELWA ABIM menyeru semua pihak untuk lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan, dengan melihat akibat daripadanya. Individu yang dilihat jelas inginkan pengejar pengaruh ini tidak berhak untuk terus diberikan liputan berterusan.

HELWA ABIM juga menggesa semua pihak untuk lebih sensitif,menghormati dan saling bertanggungjawab menjaga serta memelihara maruah keinsanan.

Fatin Nur Majdina Nordin
Naib Presiden ABIM (HELWA)
10 Julai 2022M / 10 Zulhijjah 1443H

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Agama @ MY LNABM @ MY LNAPendapat @ My LNA

Qunut nazilah itu khusus sifatnya

Oleh Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Dalam Islam,...

Agama @ MY LNABM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPendapat @ My LNA

Panduan sunnah mendepani isu siasatan kematian

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar, Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Siasatan kematian seringkali menjadi...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Kaji faktor lahirnya pembuli siber

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Statistik mengenai...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Buli siber boleh membunuh!

Oleh: Nur Nadhirah Mat Nawi, Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Malaysia...