9 Julai 2022 – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa susulan perkembangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5% pada suku pertama 2022 (S1 2022), landasan pemulihan negara kekal kukuh dengan pelbagai indikator ekonomi terkini, terutamanya jumlah perdangan borong dan runcit yang terus meningkat.
Katanya dalam satu kenyataan media semalam, ia mencerminkan perkembangan yang memberangsangkan, serta menunjukkan bahawa pertumbuhan KDNK pada suku kedua tahun ini (S2 2022) akan terus diperkukuhkan.
“Dengan perkembangan terkini, negara bakal mencapai unjuran pertumbuhan 5.3 – 6.3% bagi tahun 2022, selari dengan unjuran IMF dan Bank Dunia, iaitu masing-masing sebanyak 5.75% dan 5.5%.
Data terkini bagi bulan Mei 2022 menunjukkan catatan jualan tertinggi bagi perdagangan borong dan runcit sejak tahun 2013, dengan jumlah RM129.8 bilion dan kadar pertumbuhan sebanyak 19.9% dari tahun-ke-tahun (April 2022: 15.2%).” kata Zafrul.
Ia menggambarkan pemulihan permintaan domestik yang terus mengukuh, di mana:
- perdagangan runcit meningkat sebanyak 29.9% dari tahun-ke-tahun (April 2022: 20.9%) kepada RM56.3 bilion (April 2022: RM53.6 bilion), manakala
- perdagangan borong meningkat sebanyak 11.7% bagi tempoh yang sama (April 2022: 11.5%) kepada RM59.6 bilion (April 2022: RM59.0 bilion).
- Penjualan kenderaan bermotor pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 20.1% dari tahun-ke-tahun (April 2022: 11.3%) kepada RM13.9 bilion (April 2022: RM15.4 bilion).
Tambahnya, secara keseluruhan, nilai perdagangan borong dan runcit yang telah dicapai semenjak Oktober 2021 (RM116.2 bilion) telah pun jauh melebihi nilai purata yang direkodkan semasa pra-pandemik (2018 – 2019) iaitu RM106.3 bilion.
Pelbagai indikator lain juga menunjukkan bahawa prestasi ekonomi dilihat beransur pulih dan mula mengembang. Ini termasuk indikator berikut bagi bulan Mei 2022:
- jumlah penganggur terus mencatatkan penurunan kepada 637,700 orang, berbanding 649,300 orang pada bulan sebelumnya, dengan kadar pengangguran yang kekal di paras 3.9% berbanding April 2022. Pemulihan pasaran buruh pada Mei 2022 terus stabil seiring dengan peningkatan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan. Ini juga telah memberi lebih banyak peluang kepada perniagaan bagi menjana semula pendapatan, seperti yang dicerminkan oleh jumlah perdagangan borong dan runcit baru-baru ini.
- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 4.1% dari tahunke-tahun, didorong oleh pengeluaran produk elektrik dan elektronik (E&E) yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 15.5%. Ini juga adalah selari dengan jualan sektor pembuatan yang berjumlah RM142.0 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 15.7% dari tahun-ke-tahun.
- Prestasi dagangan negara kekal kukuh dan terus mengekalkan momentum pertumbuhan. Jumlah dagangan meningkat 33.6% dari tahun-ke-tahun kepada RM228.4 bilion, pertumbuhan dua digit yang ke-16 berturut-turut sejak Februari 2021. Selari dengan prestasi dagangan, eksport dan import juga mencatatkan pertumbuhan, iaitu masing-masing sebanyak 30.5% dan 37.3%.
“Melangkah ke hadapan, dalam terus memperkukuhkan momentum pemulihan semasa dan bagi sepanjang tahun ini, Kementerian Kewangan sudahpun memulakan sesi libat urus dalam usaha menggubal langkah-langkah yang akan mengambil kira keperluan pelbagai pihak berkepentingan.
Bajet 2023 akan memberi penekanan terhadap aspek pembaharuan struktur dan pengukuhan daya tahan ekonomi. Bertemakan “Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan Ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia”, Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, perniagaan serta ekonomi.” ujar Zafrul.
- Celebrating 50 Years of Bahrain-Malaysia Diplomatic Relations
- Trend Micro Safeguarding Cloud Data of Healthcare AI Innovation Leader
- 68 per cent of Gen Zs not confident about maintaining good physical health in old age; least confident generation
- Social Enterprise Summit 2024 Collaborate and Innovate to Respond to Complex Social Issues and Shaping Hong Kong’s Social Entrepreneurship Ecosystem
- Forvis Mazars celebrates new network formation in APAC, announces strong growth in Singapore
Leave a comment