10 Julai 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web COVIDNOW, jumlah kes baharu COVID-19 setakat 9 Julai 2022, 11:59 pm terus menunjukkan penurunan ke 2,797 kes tempatan dan 2 kes import.
Manakala jumlah kes sembuh setakat 9 Julai 2022, 11:59 pm menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 2,666 kes.
Dalam pada itu setakat 9 Julai 2022, 11:59 pm seramai 16,154,366 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluhan dos vaksin dan juga dos penggalak.
Bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun, sebanyak 3,181,669 dos secara keseluruhan telah diberikan.
Leave a comment