PUTRAJAYA 6 Julai 2022 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) memperuntukkan geran sebanyak RM13,068,862.00 bagi membiayai pendidikan prasekolah kanak-kanak India B40 yang berumur antara 4 hingga 6 tahun.
Dalam satu kenyataan hari ini, KPN menyatakan bahawa Geran yang akan memberi manfaat kepada 5,164 kanak-kanak dan ibu bapa masyarakat India B40 ini meliputi pembiayaan yuran pendidikan bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 mulai Mac 2022 sehingga Februari 2023 yang disalurkan melalui lima (5) organisasi melibatkan 214 prasekolah di lapan (8) negeri dan Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur.
Katanya, Selain pembiayaan yuran persekolahan, bantuan berkenaan juga adalah termasuk pemberian buku dan lembaran kerja, starter kit (pakaian seragam dan alat tulis) serta subsidi bagi penyediaan sarapan pagi untuk kanak-kanak B40 berkenaan.
Dalam pada itu Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah binti Mohamed Sadique berkata bantuan yang diberikan ini adalah bertujuan memastikan kanak-kanak India B40 turut mendapat peluang mengikuti pendidikan pra sekolah sebagai persediaan untuk memasuki pendidikan formal darjah satu kelak. Dalam masa yang sama, inisiatif ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa.
“Saya berharap pihak pengurusan organisasi dan pengurusan pra sekolah akan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan kanak-kanak India B40 ini mendapat pendidikan pra sekolah yang terbaik”. katanya.
- AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah
- Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan
- Moomoo Wins “Digital CX Awards 2024” by The Digital Banker
- Nano-Care Deutschland AG launches next generation of sustainable PFAS-free oleophobic coatings
- Winner of Hong Kong’s Flagship Global Elevator Pitch Competition Crowned
Leave a comment