Alam Sekitar @ MY LNAAM

Pengiktirafan Delta Sarawak sebagai Geopark Kebangsaan Keenam

111
3d isometric map of Sarawak is a state of Malaysia, vector illustration

PUTRAJAYA 23 Jun 2022 – Pada 20 Jun 2022, Delta Sarawak yang berkeluasan 3,112 km persegi telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang keenam di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa pelawat dapat melihat formasi rupa bumi yang terdiri daripada pelbagai jenis unit yang berusia, daripada karbon hingga resen; kepelbagaian biodiversiti dengan spesies endemik di Borneo seperti Orang Utan, Orang Belanda (Proboscis Monkey) dan Cicak Batu Fairy (Fairy Rock Gecko); dan kekayaan warisan budaya dari seni bina, peralatan muzik, senjata sehingga kepada makanan yang terhasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum.

“Pengiktirafan ini adalah satu lagi pencapaian negara, khususnya Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam pemeliharaan kelestarian alam semula jadi dan pengurusan mampan kawasan berkepentingan kebangsaan yang memiliki nilai geotapak luar biasa (geosite of extraordinary values) seiring dengan Agenda Pembangunan Nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)” ujarnya.

Beliau yakin dengan  kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ini dapat memastikan Geopark Kebangsaan diurus secara baik disamping berupaya  meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat menerusi pelbagai aktiviti dan program pembangunan geopark ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...