AMEkonomi @ My LNA

KPKT akan terus berikan komitmen penuh bagi jayakan agenda “Malaysia Berdaya Huni”

193

PUTRAJAYA 23 Jun 2022 – Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Ke-79 (MNKT Ke-79) telah diadakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada hari ini dan telah dipengerusikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof. Ia turut dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib,Timbalan-timbalan Menteri berkaitan, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai yang mewakili Kementerian/ Agensi Pusat dan Kerajaan Negeri.

“MNKT merupakan medium perundingan bagi penggubalan dasar berkaitan hal ehwal Kerajaan Tempatan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri selaras dengan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan. Keputusan-keputusan dasar dan perkara-perkara yang dibincangkan di mesyuarat MNKT akan dibawa untuk perhatian Kerajaan Negeri sebelum ia dilaksanakan di peringkat Kerajaan Tempatan.

Mesyuarat MNKT ke-79 hari ini antara lain telah menimbang dan bersetuju meluluskan pemakaian dokumen Garis Panduan Penilaian Keterancaman Tanah Runtuh dan Indeks Risiko di Infrastruktur-Infrastruktur Kritikal Awam di Malaysia yang dibangunkan oleh Kementerian Kerja Raya. Garis Panduan ini merupakan dokumen tambahan berkaitan indeks peta risiko yang perlu dibaca bersama garis panduan – garis panduan serta dokumen pengurusan cerun lain yang telah sedia diguna pakai di peringkat kerajaan persekutuan, negeri mahu pun kerajaan tempatan. Melalui Garis Panduan ini, para pemegang taruh (termasuk pihak Kerajaan dan pemaju) akan dapat merancang dan menentukan pembangunan setempat dengan lebih efisien dan sekaligus mengurangkan risiko tanah runtuh di kawasan-kawasan infrastruktur kritikal awam seperti jalan raya, empangan, telekomunikasi dan bangunan-bangunan awam.” kata KPTK dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini.

Tambah KPKT Mesyuarat juga telah mengambil maklum mengenai kejayaan pelaksanaan inisiatif Peraturan Tangkas (Agile Regulation) iaitu pengeluaran permit pembinaan secara ekspres yang berupaya melonjakkan produktiviti negeri seperti mana yang telah dilaksanakan di negeri Kedah melalui kerjasama Majlis Perbandaran Kulim dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

“Selain itu, mesyuarat juga mengambil maklum berhubung perancangan transformasi pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran yang sedang dilaksanakan oleh KPKT bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan di seluruh negara.

KPKT akan terus memberikan komitmen penuh bagi menjayakan agenda “Malaysia Berdaya Huni” atau Liveable Malaysia melalui usaha bersama dalam memperkasa PBT untuk tampil lebih cemerlang dan dinamik serta mampu mendepani cabaran mendatang.

Justeru, selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia menerusi konsep the whole of Government, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama bagi memastikan dasar, perundangan dan hal ehwal mengenai kerajaan tempatan ditambah baik seterusnya meningkatkan elemen daya huni demi kesejahteraan komuniti.” ujar KPKT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...