25 Mei 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 26 Mei 2022 hingga 1 jun 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter
- harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
- harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- UXLINK Secures New Round of Funding from SevenX Ventures, INCE Capital , and HashKey Capital
- Innolux Participates in Display Week 2024, Showcasing Exclusive Products and Technologies for Smart City Solutions and Low-Carbon Automotive Applications
- EDF: EDF announces the signature of green bank loans dedicated to the financing of the existing nuclear fleet, for an amount of c. 5.8 billion euros
- TRANSFORMA ANNOUNCES FAILURE TO FILE CEASE TRADE ORDER
- LINKDOOD Unveils Groundbreaking Native Language Real-Time Translation, Empowering Businesses to Break Global Communication Barriers
Leave a comment