Ekonomi @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)

193

25 Mei 2022 – Menteri Kewangan Malaysia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkata Malaysia akan menubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR), sebuah pusat bebas di bawah Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum – WEF), untuk menyokong pencapaian wawasan menyeluruh Malaysia di bawah Dasar 4IR yang dilancarkan pada 2021, serta Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. 

Katanya ia akan membantu mempercepatkan penggunaan teknologi yang akan menjamin pertumbuhan yang lebih saksama, inklusif dan mampan untuk Malaysia apabila ekonomi pulih daripada pandemik Covid-19.

“Penubuhan pusat ini, juga yang pertama di Asia Tenggara, menunjukkan komitmen Kerajaan Malaysia ke arah mengutamakan teknologi sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi dan pemulihan pasca pandemik, serta menyokong aspirasinya untuk menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital.

C4IR akan menjadi sebahagian daripada rangkaian global WEF untuk kerjasama pelbagai pihak bagi merealisasikan faedah teknologi baru muncul dan inovatif. Melalui rangkaian pusat sedia adanya di serata dunia, C4IR merintis model tangkas dan berpaksikan kemanusiaan dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar yang berfokuskan teknologi.” kata Tengku Zafrul.

Jelasnya, C4IR akan ditubuhkan secara rasmi dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada separuh kedua 2022. Penubuhan C4IR ini diumumkan oleh beliau sempena Mesyuarat Forum Ekonomi Dunia yang diadakan pada 23 – 26 Mei 2022.

“Malaysia sedang mempercepatkan transformasi digitalnya, dan keupayaan kita untuk memanfaatkan teknologi 4IR seperti kecerdasan buatan, nanoteknologi, tenaga boleh diperbaharui dan pengkomputeran kuantum akan menjadi salah satu pemacu utama bagi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan, berdaya tahan dan inklusif dalam beberapa dekad akan datang. Sehubungan itu, penubuhan C4IR memastikan teknologi pilihan Malaysia mampu menghasilkan manfaat yang bermakna kepada manusia sejagat dalam interaksi teknologi tersebut merentasi alam fizikal, digital dan biologi.

Kementerian Kewangan juga akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian berkaitan bagi memastikan kejayaan C4IR sebagai platform untuk pemindahan teknologi dan bagi membangunkan kapasiti tempatan secepat mungkin,” kata Tengku Zafrul sempena kehadiran di Mesyuarat Forum Ekonomi Dunia di Davos hari ini.

Sebaik sahaja ditubuhkan, C4IR akan diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, dengan program yang akan dirangka dan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi & Multimedia dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...