Sumber : Facebook JSJN PDRM
Pasir Puteh, 24 Mei 2022 – YDH CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah mengadakan lawatan mengejut ke atas Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.
Dalam pemantauan ini, YDH CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay berpeluang berjumpa dengan Encik Mohd Azuan bin Zahari, Pegawai LKIM Daerah Kelantan Selatan, Encik Mohamad Nazri bin Ismail, Pembantu Perikanan Daerah Pasir Puteh dan Encik Mat Aziz Omar, Pengurus besar persatuan nelayan kawasan Besut bagi membincangkan modus operandi bot nelayan sebagai pengangkutan penyeludupan dadah serta perkongsian maklumat dadah bagi kedua-dua buah agensi.
Hadir bersama YDH SAC M Kumar A/L S Muthuvelu, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), YDH ACP Choong Kok See, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Technical Intelligence Analysis) dan YDH Supt Mohamed Salim bin Gulam Mohamad, Penolong Pengarah Narkotik (Urus Setia).
- Ice Cube Marketing attains Google Premier Partner status and helps SMEs leverage more Google products
- IRC 2024: Menyelaras Keselamatan dan Inovasi Untuk Masa Depan Digital Yang Lestari
- Shopee Prioritises Seamless Shopping Experience with Launch of On-Time Guarantee
- Shopee Mengutamakan Pengalaman Membeli-Belah secara Lancar dengan Pengenalan Jaminan Tepat Waktu
- Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan
Leave a comment