Sumber : Facebook Rasmi JSJN PDRM
Kuala Terengganu, 24 Mei 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay mengadakan kunjung hormat kepada YDH DCP Dato’ Rohaimi bin Md Isa, Ketua Polis Terengganu.
Kunjungan hormat ini adalah yang pertama sejak beliau menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan ini adalah bersempena dengan lawatan kerja Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ke kontinjen ini.
Hadir bersama dalam kunjung hormat ini adalah YDH SAC Wan Rukman bin Wan Hassan, Timbalan Ketua Polis Terengganu, YDH SAC M Kumar A/L S Muthuvelu, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), YDH ACP Choong Kok See, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Technical Intelligence Analysis), YDH SUPT Tium Ming Kung, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu dan YDH SUPT Mohamed Salim bin Gulam Mohamad, Penolong Pengarah Narkotik (Urus Setia).
- JELAJAH FTROADPEDIA ZON SELATAN 2.0 (HARI PERTAMA)
- Merombak Fungsi LTAT dalam projek berkos tinggi seperti LCS
- PENGISYTIHARAN MALAYSIA REPROGRAPHIC RIGHTS CENTRE BERHAD (MARC) SEBAGAI ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF MEWAKILI KARYA SASTERA, SENI, IMEJ DAN ILUSTRASI
- Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen mulai hari ini hingga 24 Ogos 2022
- COVID-19 : Jumlah kes baharu terus menurun