AMJenayah

Sindiket menjual dan membeli minyak sawit keladak tumpas

154

13 Mei 2022 – Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) telah melancarkan satu (1) serbuan bersama Bahagian Penguat Kuasa, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam operasi di Sungai Buloh, Selangor pada 12 Mei 2022 terhadap satu sindiket menjual dan membeli minyak sawit keladak (SPO) atau minyak masak terpakai yang dipercayai melanggar syarat permit yang ditetapkan.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia, Dato’ Sri Hazani bin Ghazali dalam satu kenyataan semalam, dalam operasi tersebut, seorang lelaki Cina warga tempatan, berusia 34 tahun telah berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sejumlah 300 tan spo atau minyak masak terpakai yang dibeli daripada pengusaha restoran / kedai makan sekitar Lembah Klang telah dirampas. Keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,500,000.00.

Suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Peraturan 5 (1) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.” katanya.

Tambah beliau, dengan kejayaan operasi ini, JKDNKA bersama MPOB telah dapat mengenal pasti modus operandi dan implikasi terhadap industri minyak sawit negara.

“Penguatkuasaan, kawalan serta pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan oleh JKDNKA dan MPOB melalui operasi bersama.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...