AMKesihatan @ My LNA

KKM akan hantar 255 petugas perubatan bantu lancarkan perjalanan ibadah haji

218

13 Mei 2022 – Sejumlah 255 orang petugas perubatan merangkumi 128 petugas yang telah berpengalaman menyertai operasi sebelum ini dan 127 petugas baharu akan dihantar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu Tabung Haji (TH) melancarkan perjalanan ibadah haji pada tahun ini.

Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan semalam, kumpulan petugas perubatan ini terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan seperti Perubatan, Farmasi, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Penjagaan Spiritual.

“Seperti tahun-tahun terdahulu, petugas perubatan KKM akan membantu mengendalikan kes-kes berkaitan perubatan yang dihadapi oleh Jemaah Haji selain turut mengoperasikan fasiliti kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci.

Susulan daripada risiko penularan COVID-19, KKM juga pada tahun ini turut membekalkan sebanyak sekurang-kurangnya 3,000 patient course ubat antiviral Paxlovid sebagai persediaan merawat Jemaah Haji yang dijangkiti semasa berada di tanah suci.

Ubat antiviral ini akan diberikan kepada jemaah haji positif COVID-19 yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Petugas perubatan KKM akan menilai kesesuaian pesakit sebelum boleh dimulakan dengan
rawatan ubat Paxlovid. Selain rawatan ubat Paxlovid, langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi akan dipertingkatkan bagi mengawal penularan COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain.” kata Khairy.

Justeru katanya, bagi membiayai perbelanjaan perkhidmatan kesihatan jemaah haji Malaysia pada tahun ini, Kerajaan telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM5 juta yang merangkumi perolehan ubat-ubatan dan alat perubatan serta tambang penerbangan dan elaun petugas perubatan.

KKM turut menyarankan kepada semua bakal Jemaah haji, terutamanya bagi individu yang berumur 60 tahun dan ke atas dan individu dewasa berumur 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk, untuk mengambil peluang mendapatkan dos penggalak kedua sebelum berangkat ke Tanah Suci. Langkah tersebut bagi memberikan perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.

Berikut adalah syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak kedua seperti yang diumumkan sebelum ini:

1. Individu berumur 60 tahun dan ke atas boleh menerima dos penggalak kedua secara sukarela dalam tempoh 4 hingga 6 bulan selepas menerima suntikan dos penggalak pertama.

2. Individu dewasa berumur 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk (seperti penyakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain) boleh ditawarkan dos penggalak kedua dalam tempoh 4 hingga 6 bulan selepas menerima suntikan dos penggalak pertama selepas berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar.

“Pun begitu, KKM ingin memaklumkan bahawa pengambilan vaksin dos penggalak kedua ini adalah secara sukarela.

Pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji kepada sejuta jemaah haji dari semua negara setelah 2 tahun ia ditangguhkan akibat pendemik COVID-19. Seperti negara-negara lain, kuota haji yang ditawarkan kepada Malaysia pada tahun ini dihadkan kepada hanya 45% daripada kuota pada tahun 2019 iaitu 14,306 orang jemaah berbanding 31,600 orang.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Lembaga Tabung Haji atas kerjasama yang diberikan terutamanya berkaitan dengan pemilihan Petugas Haji Perubatan. Diharapkan dengan ketersediaan petugas perubatan KKM ini, para jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah mereka dengan sempurna tanpa menghadapi sebarang masalah kesihatan.” kata Khairy.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...