13 Mei 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu penulis artikel “Randy bastard these Pahang Royals!” Hussein bin Abd Hamid yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap Institusi Diraja Pahang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Supt. Junainah binti M. Kasbolah atau pegawai penyiasat, Inspektor Jagachandran a/l Murugesen di talian 03-22666071.” katanya.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment