PUTRAJAYA 12 Mei 2022 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada hari ini mengumumkan Protokol Operasi Pub dan Kelab Malam Berlesen yang akan mula berkuatkuasa pada 14 Mei 2022. Protokol Operasi Pub dan Kelab Malam Berlesen tersebut telah dimuat naik di laman sesawang MKN di asset.mkn.gov.my.
Operasi Pub dan Kelab Malam Berlesen yang dikategorikan dalam senarai negatif itu telah dihentikan operasi selama hampir dua (2) tahun akibat pandemik Covid-19.
Dalam satu kenyataan hari ini, setelah mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KPKT telah mengeluarkan Protokol Pengoperasian Pub dan Kelab Malam Berlesen tersebut sebagai rujukan kepada semua pemain industri berkaitan.
KPKT turut menyeru agar semua pemain industri Pub dan Kelab Malam Berlesen dapat mematuhi perkara-perkara penting yang telah digariskan dalam Protokol tersebut bagi mengekang penularan kes positif COVID-19 dalam Fasa Transisi ke Fasa Endemik ini.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment