Kesihatan @ My LNA

Dos penggalak : Syor terkini dari Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG)

159

12 Mei 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Khairy Jamaluddin berkata syor-syor tersebut adalah :

  1. Individu berumur 60 tahun dan ke atas boleh menerima dos penggalak kedua secara sukarela dalam tempoh 4 hingga 6 bulan selepas menerima suntikan dos penggalak pertama.
  2. Individu dewasa berumur 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk (seperti penyakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain) boleh ditawarkan dos penggalak kedua dalam tempoh 4 hingga 6 bulan selepas menerima suntikan dos penggalak pertama selepas berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar.
  3. Remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk (seperti pesakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain) boleh ditawarkan dos penggalak pertama dalam tempoh 4 hingga 6 bulan selepas menerima suntikan dos primer selepas berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar.

Tambah beliau, individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak pertama telah terbukti boleh mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.

“Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh yang tertentu (waning imunity) terutamanya kepada individu di dalam kumpulan rentan, risiko masih lagi tinggi bagi kumpulan ini untuk mendapat jangkitan yang teruk, dimasukkan ke hospital dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa pengambilan vaksin dos penggalak kedua ini adalah secara sukarela.” kata Khairy.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 – Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

SELANGOR, 19 Julai 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama...