Home Kesihatan Paxlovid telah dibekalkan di 512 buah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Klinik Kesihatan dan 78 buah hospital kerajaan
KesihatanKHASz10

Paxlovid telah dibekalkan di 512 buah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Klinik Kesihatan dan 78 buah hospital kerajaan

12 Mei 2022 – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa penggunaan ubat antiviral Paxlovid telah dimulakan sejak 15 April 2022 bagi merawat pesakit COVID-19. Katanya sehingga 9 Mei 2022, seramai 173 orang pesakit diberikan rawatan Paxlovid dan telah sembuh sepenuhya serta tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan.

“Untuk makluman, ubat Paxlovid telah dibekalkan untuk rawatan pesakit COVID-19 di 512 buah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Klinik Kesihatan dan 78 buah hospital kerajaan.

Setakat ini, keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kriteria pesakit COVID-19 yang akan diberi keutamaan adalah seperti berikut:

Berumur 18 tahun dan ke atas;
• Jangkitan COVID-19 Kategori 2 dan 3
• Tidak memerlukan terapi oksigen
• Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk seperti berikut:

  • Pesakit Diabetes
  • Pesakit Darah tinggi
  • Individu dengan masalah buah pinggang
  • Pesakit Asma/paru-paru kronik
  • Pesakit jantung
  • Pesakit kanser

“Ubat ini perlu dimulakan segera dalam tempoh lima (5) hari sejak mula bergejala untuk keberkesanan yang optimum untuk mengurangkan risiko komplikasi jangkitan yang lebih teruk.” kata Khairy.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsKesihatanMY LNA

JBPM Lancar EMARS

SHAH ALAM, 15 Mac 2023 – Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19Kesihatan

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...