8 Mei 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa seorang banduan tumpang penjara Kluang, yang ditempatkan sementara di lokap Balai Polis Seri Alam, Johor disahkan meninggal pada 8 Mei 2022 jam 9.35 pagi.
“Pada 27 April 2022, satu (1) lelaki Malayu berumur 48 tahun, seorang banduan tumpang penjara Kluang, Johor yang dijatuhi hukuman penjara selama lima (5) bulan bermula 27 April 2022 di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 telah ditempatkan sementara di lokap balai polis Seri Alam, Johor hingga 10 mei 2022.
Pada 8 Mei 2022 jam 8.35 pagi, anggota bertugas lokap memaklumkan bahawa banduan tersebut berada dalam keadaan lemah dan telah menghubungi pihak hospital.
Pembantu pegawai perubatan daripada klinik kesihatan Masai, Johor yang tiba membuat pemeriksaan telah mengesahkan kematian banduan tersebut pada jam 9.35 pagi.” kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM CP Dato’ Sri Azri bin Ahmad dalam satu kenyataan semalam.
Tambah beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.
- Dr. Nalinee Paiboon of Giffarine Receives Outstanding Leader Recognition at ACES Awards 2024
- WalkingPad.com Black Friday Sale Unveils Record-Breaking Deals
- The cost of neglected oral health in pregnant women
- The day women stopped
- Global Aerospace Offers Valuable Insights on the Revolution of Reusable Rockets and Their Impact on the Space Industry
Leave a comment