Kes kematian kakitangan Hospital P. Pinang : JKNPP pohon semua pihak tidak buat sebarang spekulasi
4 Mei 2022 – Merujuk kepada laporan sebuah akhbar atas talian pada 3 Mei 2022 berkenaan kes kematian seorang kakitangan Hospital Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian tersebut.
Dalam satu kenyataan semalam, JKNPP mengesahkan bahawa mendiang merupakan seorang Pegawai Perubatan Siswazah yang telah melaporkan diri ke negeri Pulau Pinang dan ditempatkan di Hospital Pulau Pinang pada 4 April 2022 yang lalu. Mendiang telah ditemui jatuh dari bangunan kediamannya pada 17 April 2022.
“Adalah dimaklumkan bahawa kes ini adalah di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mengarahkan bedah siasat dijalankan. Bedah siasat telah dilakukan di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang. Laporan lengkap siasatan masih menunggu beberapa keputusan ujian makmal. Laporan akhir akan dikemukakan kepada pihak PDRM untuk membantu siasatan mereka.
Memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan bagi menghormati keluarga mendiang, JKNPP memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian ini. Jabatan ini dan pihak Hospital Pulau Pinang akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak PDRM dalam siasatan selanjutnya.” katanya.
Terdahulu JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mendiang.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang