Home MY LNA AM Politik @ My LNA PRU 15 : Ong Kian Ming umum tidak bertanding
Politik @ My LNAPRU15

PRU 15 : Ong Kian Ming umum tidak bertanding

9 Mei 2022 – Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan akan berehat daripada barisan hadapan politik.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata bahawa walaupun keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP baru-baru ini memainkan peranan dalam mengesahkan keputusan beliau untuk berehat daripada politik barisan hadapan, ia bukanlah sebab utama untuk keputusan tersebut.

“Ketika saya mula-mula ditawarkan untuk menjadi calon bagi kerusi parlimen Serdang, persetujuan saya dengan isteri adalah untuk saya berkhidmat selama dua penggal dan kemudian menilai semula keadaannya. Menjelang penghujung penggal kedua ini, saya percaya bahawa saya telah memberikan yang usaha yang sebaik mungkin di peringkat kawasan, parti dan negara. Kini tiba masanya untuk generasi muda dalam parti mengambil alih tampuk kepimpinan.

Dalam pada masa yang sama, saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu dan saya menggesa semua ahli dan pemimpin parti untuk menunjukkan sokongan penuh mereka kepada Anthony dan peranan yang akan dipikul beliau dalam menerajui parti dan Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU15. Saya percaya Anthony dan barisan pimpinan parti akan terus memberikan peluang kepada ahli dan pemimpin yang lebih muda untuk berkhidmat kepada parti dalam pelbagai kapasiti termasuk untuk diletakkan sebagai calon dalam PRU15.

Saya akan memberikan sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang dinamakan parti sebagai calon P102 Bangi dalam PRU15. Sementara itu, saya akan meneruskan tanggungjawab khidmat rakyat saya di Bangi dan dalam parti sehinggalah parlimen dibubarkan.” katanya.

Tambah mantan Timbalan Menteri MITI tersebut, beliau belum bersara daripada politik, sebaliknya hanya berehat untuk sementara waktu.

“Saya bersedia untuk berkhidmat kepada parti dan negara pada masa hadapan jika khidmat saya diperlukan. Untuk jangka masa terdekat, selepas PRU15, saya merancang untuk berehat dan meluangkan masa dengan bersenam, membaca, dan merenung semula bagaimana dan di mana saya dapat manfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang saya telah kumpulkan dalam 9 tahun yang lepas dengan sebaiknya.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMIsu SemasaMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku...

MY LNAPolitik @ My LNA

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

MY LNAPolitik @ My LNA

Lima petikan penting daripada ucapan Anthony Loke di Persidangan Parti DAP 2023

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa...

AMMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan...