19 April 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan
kerjasama Batu Road Retailers Association (BARRA) telah melancarkan program JOM SHOP RAYA @ J.T.A.R. bersempena Program Jualan Malaysia (PJM) Tahun 2022. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Rosol Bin Wahid.
Dalam satu kenyataan hari ini, KPDNHEP telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan sebanyak
RM300,000.00 termasuk baucar hadiah berjumlah RM200,000.00 kepada pihak BARRA untuk menggerakkan kempen promosi jualan JOM SHOP RAYA ini. Katanya langkah ini dilihat perlu untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dialami rakyat khususnya dari golongan B40 untuk membuat persiapan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
“Program Jom Shop Raya ini di laksanakan selama sebulan bermula 16 April hingga 15 Mei 2022. Program ini adalah salah satu usaha berterusan kerajaan ke arah pemulihan ekonomi negara khususnya sektor peruncitan selain mengembalikan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja di sekitar Jalan TAR dalam keadaan selamat. Ianya adalah kesinambungan konsep PJM sejak tahun 2020 iaitu Recovery (pemulihan), Revitalise (merancakkan) dan Revive (menghidupkan semula) sektor peruncitan yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi rakyat dan KDNK negara.
Untuk mengembalikan suasana kemeriahan perayaan Aidilfitri, KPDNHEP akan meningkatkan kerancakan PJM Aidilfitri melalui Program Rancak Aidilfitri di AEON Nilai, Negeri Sembilan yang akan dilaksanakan
dari 23 April hingga 1 Mei 2022. Program ini memberi peluang kepada Ahli Keluarga Malaysia untuk membeli pelbagai barang seperti baju, makanan, minuman, barangan elektrik dan pelbagai barangan keperluan hari raya pada harga yang sangat berpatutan.” kata kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu, Program Jualan Malaysia (PJM) telah dirangka sejak Januari 2022 yang dimulai dengan Perayaan Tahun Baru Cina 2022 di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur dan akan berlangsung sepanjang tahun hingga Disember 2022. Katanya PJM akan menawarkan jualan murah yang merangkumi Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega, Jualan Akhir Tahun dan Segmen Jualan Khusus dengan lapan (8) Program Utama yang telah dirancang dan diselaraskan oleh KPDNHEP di seluruh negara dan menyasarkan nilai jualan sebanyak RM 500 billion bagi sektor peruncitan pada tahun 2022.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment