Ekonomi @ My LNA

Projek Naik Taraf Hospital Tawau berjalan lancar

193

20 April 2022 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia memantau rapi pelan mitigasi dan kemajuan kerja kontraktor yang terlibat dalam Projek Naik Taraf Hospital Tawau yang disasarkan akan disiapkan menjelang hujung tahun ini. Prestasi pihak Kontraktor akan dinilai mengikut laporan kemajuan kerja mingguan yang perlu dihantar dan JKR tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan amaran kepada kontraktor sekiranya sasaran kerja didapati tidak dicapai.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata sehingga 31 Mac 2022, projek berjalan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan kemajuan kerja sebanyak 70% di samping sasaran kemajuan kerja yang ditetapkan pada 4% setiap bulan perlu dicapai oleh kontraktor bagi memastikan baki kerja dapat disiapkan.

Mengulas lanjut, beliau menjangka kemajuan kerja di tapak pembinaan akan terus meningkat dengan mengambil kira pembekalan peralatan bagi kerja-kerja mekanikal, elektrik dan ICT serta peralatan perubatan dijangka tiba bermula bulan ini.

“Naik taraf Hospital Tawau telah dimulakan pada tahun 2017 dan dijadualkan siap pada suku kedua tahun 2020. Namun projek tersebut mengalami kelewatan akibat penularan COVID-19 antara punca kelewatan tersebut termasuklah masalah struktur tanah di tapak projek dan kesan rantaian akibat Pandemik COVID-19 turut menyumbang kepada kelewatan projek seperti impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan, kekurangan pekerja tempatan/asing serta kelewatan bahan binaan akibat penutupan kilang.

Bagi mengatasi isu kekurangan pekerja, pihak kontraktor telah memberikan komitmen untuk meningkatkan pengambilan serta pekerja tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Bangunan baru hospital akan menambah sebanyak 154 buah katil dan menjadikan jumlah keseluruhan termasuk di hospital lama sebanyak 555 buah katil.

Antara kemudahan lain termasuk 6 bilik bedah, 4 suite endoskopi, tambahan kapasiti 30 unit haemodialisis, bahagian kecemasan baru, klinik-klinik pakar, sebuah auditorium yang boleh memuatkan 250 orang serta pelbagai kemudahan lain termasuk sebuah helipad.” kata kenyataan tersebut.

Tambahnya projek tersebut akan menjadi hospital terbesar di Pantai Timur Sabah dan hospital rujukan bagi daerah-daerah berdekatan apabila siap kelak. Justeru, JKR Malaysia akan memastikan bangunan baharu itu dapat disiapkan menjelang hujung tahun selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan terbaik untuk Keluarga Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...