18 April 2022 – Jurucakap Hal Ehwal Antarabangsa DAP, Kasthuri Patto berkata DAP mengecam segala bentuk pencerobohan dan keganasan oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa dan DAP turut menggesa agar konflik ini diselesaikan dengan usaha perdamaian, keamanan, dan diplomasi diantara rakyat dan negara-negara yang terperangkap dalam suasana yang tertekan dan pergolakan selama berdekad.
Kata Ahli Parlimen Batu Kawan itu lagi, tahun ini adalah kali pertama selepas 30 tahun, dunia menyaksikan ketiga-tiga agama Ibrahim meraikan amalan ketiga-tiga agama dalam satu tempoh masa yang dekat sesama umat, iaitu pertengahan bulan April– Jumaat Agung (Good Friday) bagi penganut Kristian, Paskah Yahudi (Passover) bagi umat Yahudi dan bulan Ramadan bagi umat Islam.
“Malangnya dalam tempoh sambutan yang terpenting ini, pertempuran diantara anggota polis Israel dan rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa telah menyebabkan lebih daripada 150 orang cedera dan ramai yang terbunuh.
Kami menegaskan bahawa kejadian seperti ini tidak sepatutnya dan tidak seharusnya berlaku hari ini di dunia di mana kita mempunyai ruang dan platform untuk diplomasi, keamanan dan perdamaian secara matang dan “win-win” bagi semua pihak.
Sama ada penganut Kristian, Islam atau Yahudi, anggota penguatkuasaan, badan pentadbiran dan pihak kerajaan harus bertanggungjawab keatas setiap satu nyawa yang terkorban dalam pergolakan ini. Konflik Israel – Palestin tidak seharusnya bersifat ‘balas dendam’, sama ada di bulan Ramadan yang mulia ini mahupun pada Prapaskah atau semasa sambutan Passover. Jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang seperti ini mesti dikecam, dikutuk dan ditolak oleh semua pemimpin.” kata Kasthuri.
Tambahnya, DAP membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya segala tindakan yang mencemarkan dan merosakkan mana-mana ruang tempat ibadat, khususnya dalam insiden ini, Masjid Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci bagi penganut Islam.
“Masjid Al-Aqsa terletak di kawasan yang masih hangat dipertikaikan oleh kedua-dua pihak dan tersepit didalam konflik Israel-Palestin. Setiap individu berhak untuk hidup aman dan berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya tanpa sebarang ancaman dan gangguan, dan hak ini mesti dilindungi, dipelihara dan dipertahankan bagi rakyat Palestin, dan juga dan kepada sesiapa sahaja di dunia ini yang terperangkap dalam situasi konflik geo-politik yang mengancam dan menggugat hak mereka untuk beramal dan beribadat.
Pertembungan 3 sambutan dan amalan ini sepatutnya menjadi mercu tanda keamanan tetapi sebaliknya telah dicemari oleh peristiwa keganasan dan pertumpahan darah.
Selepas mengharungi cabaran pandemik COVID19 di seluruh dunia selama lebih 2 tahun, pembinaan semula ekonomi dan pelaburan dalam pembangunan manusia (human development) haruslah menjadi paksi perdamaian antara rakyat dan pihak kerajaan kedua-dua negara.” ujarnya.
Menurutnya lagi, tiada siapa yang inginkan perang – sama ada di Ukraine, di Palestin ataupun di mana-mana negara lain yang bergelut dengan pemimpin yang rakus kuasa. Katanya, pihak kerajaan serta pihak berkuasa mesti berani untuk menggunakan segala sumber yang wujud serta berusaha untuk menggembleng tenaga untuk mengelakkan konflik dan jenayah terhadap kemanusiaan berulang lagi.
“DAP menggesa agar kedua-dua negara yang terlibat untuk mengadakan perundingan damai serta memberikan komitmen supaya peristiwa hitam dan serangan yang mengejutkan seperti ini tidak akan berlaku, dan tidak akan berleluasa lagi.
Malaysia sebagai anggota di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mesti berusaha untuk menjadi perantara dan pendamai dalam konflik dan peperangan yang telah berlarutan sejak sekian lama ini.” katanya.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment