18 April 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 17 April 2022 adalah seperti berikut :
- Kes sembuh: 11,233 kes [4,249,704 kes kumulatif (96.8%)];
- Kes baharu: 6,623 kes (4,389,025 kes kumulatif);
- Kes import: 13 kes [11 warganegara (84.6%); 2 bukan warganegara (15.4%)];
- Kes tempatan: 6,610 kes [6,351 warganegara (96.1%); 259 bukan warganegara (3.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 126 kes (66 kes disahkan COVID-19; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 76 kes (43 kes disahkan COVID-19; 33 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
Dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 6,623 kes harian yang dilaporkan pada 17 April 2022, 2,768 kes (41.79%) adalah dari Kategori 1, 3,813 kes (57.58%) dari Kategori 2 dan 15 kes (0.23%) adalah dari Kategori 3.
Manakala Kategori 4 berjumlah 8 kes (0.12%) dan Kategori 5 adalah sebanyak 19 kes (0.28%).
- KPKT UMUM PERUNTUKAN RM5.48 JUTA BAGI PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI MANJUNG, PERAK
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA FAHMI FADZIL
- BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG
- MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS
Leave a comment