Kesihatan @ My LNA

Seramai 1,769,793 kanak-kanak terima vaksinasi

149
Student kids get vaccines to protection from viruses covid-19.

17 April 2022 – Seramai 1,769,793 kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun di negara ini telah menerima Dos vaksinasi COVID-19 setakat 16 April 2022.

Mengikut data yang dipaparkan di halaman web COVIDNOW, daripada jumlah tersebut, 1,403,498 telah menerima sekurang-kurangnya 1 Dos.

Manakala 366,295 telah menerima 2 Dos vaksinasi.

Dalam pada itu, seramai 5,844,887 remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima Dos vaksinasi.

Daripada jumlah tersebut, 2,973,462 telah menerima 1 Dos manakala 2,871,425 telah menerima keseluruhan 2 Dos.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles