15 April 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan memaklumkan bahawa pada 15 april 2022 di Mahkamah Kuala Lumpur, seorang lelaki warga tempatan telah didakwa atas kesalahan melakukan samun kedai emas di sekitar Kuala Lumpur.
“Tertuduh didakwa melakukan rompakan kedai emas dengan bersenjata mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara bagi tempoh boleh sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan.
Tertuduh juga akan dituduh di bawah seksyen yang sama bagi kes samun kedai emas yang berlaku di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 25 mac 2022.” kata CP Dato’ Sri Abd Jalil dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam.
Tambah beliau, dengan tertangkapnya tertuduh ini, PDRM juga telah berjaya menyelesaikan dua (2) kejadian cubaan samun kedai emas di Johor dan satu (1) di Melaka serta satu (1) kes curi motosikal di Perak.
“PDRM akan terus berusaha mengesan dan menangkap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah. tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.” tegasnya.
- phData is proud to announce that it has been awarded the prestigious “Best Place to Work” certification for 2024
- Nearly 1,500 Nominations for the Fourth Season of the VinFuture Prize
- Denture labelling as personal identification
- Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama
- Arla Foods Ingredients targets ‘holistic hydration’ at Vitafoods Europe
Leave a comment