AM

KeTSA dan Perak bangunkan projek perintis perlombongan NR-REE

224

15 April 2022 – Projek perintis perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim
Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan akan dibangunkan melalui kerjasama antara Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Kerajaan Negeri Perak.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan berkata bahawa cadangan perlombongan di tapak projek perintis ini merupakan inisiatif kerajaan dalam memastikan aktiviti perlombongan NRREE dijalankan secara cekap dan teratur melalui SOP yang dibangunkan sebelum ia diperluaskan ke negeri-negeri lain.

“Dokumen SOP NR-REE ini telah dibangunkan secara komprehensif melibatkan penelitian pada peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ia turut dinilai sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang perlombongan, hidrologi, hidrogeologi dan pembangunan lestari sebelum dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri pada 2 Disember 2021. Selain itu, KeTSA juga telah menganjurkan sesi Pendengaran Awam mengenai SOP Aktiviti Perlombongan NR-REE Di Negeri Perak yang diadakan pada 19 Disember 2021 bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan berhubung SOP yang telah dibangunkan.

Di samping pembangunan di peringkat huluan, KeTSA juga sedang meneliti potensi untuk membangunkan peringkat pertengahan dan hiliran bagi industri NR-REE. Ini bagi memastikan potensi ekonomi dapat direalisasikan sepenuhnya dan tidak hanya bergantung kepada pengeksportan mineral mentah. Pewujudan SOP ini diharapkan agar aktiviti perlombongan NR-REE yang bakal dijalankan di Malaysia khususnya di Negeri Perak akan dilaksanakan secara bertanggungjawab dan mampan agar kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara.” kata Takiyuddin.

Menurutnya lagi, pertemuannya dengan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad semalam
adalah untuk memuktamadkan dokumen Prosedur Operasi Standard Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (SOP NR-REE) Di Negeri Perak.

“Saya merakamkan penghargaan kepada YAB Menteri Besar atas kesudian untuk membawa perkara ini bagi pertimbangan dan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...