AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

5G : Selangor akan didahulukan

83
Professionals using high speed 5G network. Fifth generation, internet, speech bubble. Technology concept. Vector illustration can be used for topics like telecommunication, interacting, teamwork

14 April 2022 – Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa negeri Selangor akan didahulukan dalam usaha pelaksanaan dan naik taraf rangkaian perkhidmatan 5G.

Menurut laporan BERNAMA, Annuar berkata bahawa di bawah Program Jalinan Digital Negara (JENDELA), ada tiga program sedang berjalan iaitu pertama sekali adalah menambah menara telekomunikasi untuk 4G, manakala untuk penaiktarafan menara telekomunikasi kepada 5G, negeri Selangor akan didahulukan.

Katanya lagi, dua lagi program di bawah JENDELA termasuklah meningkatkan jumlah rumah yang mempunyai sambungan gentian optik dan menaik taraf pemancar daripada 3G kepada 4G.

Kata Annuar lagi, di bawah program JENDELA, Selangor menerima peruntukan yang tinggi iaitu sebanyak RM5.34 billion, untuk menaiktaraf sistem komunikasi di negeri itu di mana melalui peruntukan tersebut, sebanyak 313 menara telekomunikasi baru telah siap dibina setakat ini di negeri itu, manakala 35 menara lagi sedang dalam proses pembinaan.

“Selain itu, sejumlah 7,197 sistem pemancar telah dinaik taraf kepada 4G, dan sebanyak 652 sedang dalam pelaksanaan.

“Sebanyak 419,896 premis kini telah mempunyai sambungan gentian optik manakala pemasangan sebanyak 196,422 premis lagi, sedang dilaksanakan,” katanya pada majlis moreh bersama wakil agensi dan jabatan di bawah K-KOMM serta rakan strategik di Selangor, di sini malam tadi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...