AM

PM lawat Vietnam bagi menilai kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan 2021 – 2025 Perkongsian Strategik Malaysia – Vietnam

87

19 MAC 2022 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan Lawatan Rasmi sulung beliau ke Vietnam dari 20 hingga 22 Mac 2022. Lawatan tersebut diadakan atas jemputan Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam. Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh. Beliau akan diiringi oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah dan juga pegawai-pegawai kanan kerajaan daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian yang berkaitan.

Menurut Wisma Putra dalam satu siaran akhbar hari ini, Ismail Sabri akan mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh bagi menilai kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan 2021 – 2025 Perkongsian Strategik Malaysia – Vietnam. Kedua-dua Pemimpin juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Kedua-dua Perdana Menteri akan menyaksikan pertukaran dokumen termasuklah Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Aktiviti Kerjasama Undang-Undang; dan MoU mengenai Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja. Malaysia dan Vietnam turut bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam bidang latihan diplomatik, yang akan dizahirkan melalui satu Surat Niat. Di samping itu, satu Perjanjian Kerjasama Profesional antara BERNAMA dan Agensi Berita Vietnam akan turut dimeterai.

Berdasarkan program yang disusun oleh Vietnam, YAB Perdana Menteri turut dijadual mengadakan pertemuan berasingan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Presiden Vietnam, dan Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam. YAB Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi libat urus dengan komuniti perniagaan Malaysia dan bertemu dengan Keluarga Malaysia di Vietnam.” kata Wisma Putra.

Tambahnya, lawatan rasmi tersebut mencerminkan kepentingan hubungan Malaysia – Vietnam selaku negara jiran dan rakan kongsi dalam ASEAN. Kedua-dua negara bakal menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada 2023.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...