Ekonomi @ My LNA

Rancangan Kerja Ekonomi Serantau 2022 akan dirangka

148
SSUCv3H4sIAAAAAAAEAJ2QzW7DIBCE75X6DhZnW4IAidVXiXrAsHFXdUwFOFUU+d3LnyXOvTHf7ACzr/e3riOT8qjJR/dKKmpcls0HpwLaNWLaVw4Gg3WolgQT27NDfFBh8+DTFRVpFWCOswXW/PHOtejuMLIZE9EipG+Y36bMDrT3/06Ww+dRRc2w6mf+cFPEwQKqFLmWUfL9G8Dd22oPNGAbrTaDtmn5sFotKcCbm38calznJmbDF7h2Y3Hl9t6A1Yb8k1qMmLjSJBlnp/PIBZNnxqSgTNYBNMnm9MZHys0gLkwOghkYplFdhpuWoxCSRqDjWvY/IMsQAfsBAAA=

15 MAC 2022 – Dalam Sesi Pemukiman Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Ministers Retreat – AEM) ke-28 yang akan diadakan secara maya pada 16 Mac 2022, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bersama-sama sembilan Menteri Ekonomi ASEAN merangka Rancangan Kerja Ekonomi Serantau bagi tahun 2022 di samping meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.

Sesi AEM itu juga akan menyaksikan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN tahun 2022 akan membentangkan 19 Keberhasilan Utama Ekonomi (Priority Economic Deliverables – PED), bertunjangkan kepada empat teras.

“Empat teras tersebut adalah (i) Meningkatkan Kesalinghubungan Digital, Sains dan Teknologi; (ii) Mengurangkan Jurang Pembangunan Daya Saing ASEAN; (iii) Menggalakkan ASEAN yang lebih bersepadu, Inklusif, Berdaya Tahan dan Berdaya Saing; dan (iv) Memperkasakan Pembangunan dan Pertumbuhan ASEAN di Peringkat Global.

PED yang dicadangkan oleh Kemboja adalah bertepatan dengan agenda pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh ASEAN di mana Menteri-menteri Ekonomi ASEAN dijangka akan menyokong kesemua PED ini di samping mengesyorkan halatuju pelaksanaannya.” kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam.

Tambah MITI, Menteri-menteri Ekonomi ASEAN juga dijangka akan melancarkan Rundingan Penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ASEAN Trade in Goods Agreement – ATIGA).

“Setelah lebih sedekad pelaksanaannya, cadangan untuk menaik taraf Perjanjian ini, yang juga merupakan salah satu PED ASEAN bagi tahun 2022, merupakan satu langkah yang tepat pada masanya untuk memastikan ATIGA terus relevan dalam memacu rantau ASEAN menjadi ekonomi yang lebih bersepadu, serta mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi serantau yang berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.” kata MITI.

Malaysia menyokong penuh Kemboja selaku Pengerusi ASEAN 2022 dan berharap jalinan kerjasama akan dapat dipereratkan lagi dengan semua Negara Anggota ASEAN dalam melaksanakan langkah-langkah penting bagi pemulihan ekonomi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...