AM

PELANTIKAN DATUK WAN SURAYA WAN MOHD RADZI SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA YANG BAHARU

297

Kuala Lumpur, 7 Mac 2022: Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi hari ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu berkuat kuasa 7 Mac 2022.

Menurut Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) merangkap Pengerusi IIM, pelantikan Datuk Wan Suraya ini adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang berkhidmat selama 27 tahun dalam perkhidmatan awam.

“Berdasarkan pengalaman beliau, saya percaya dengan pelantikan ini, peranan dan fungsi IIM dalam menggalakkan serta membudayakan amalan integriti dan tadbir urus terbaik dapat lebih diperkasakan ke arah menyokong agenda integriti nasional,” ujar Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki.

Sebelum ini, Datuk Wan Suraya pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha di pelbagai kementerian di samping berpengalaman luas dalam bidang perdagangan antarabangsa dan industri, pengurusan sumber manusia, pelaburan dan keusahawanan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...